past is past. let it stay there. dont bring it up in the future. Allah will forgive you, ask for forgiveness.

About Me

My photo
lia diana baharin.sixteen.jaythree.5amanah.lk.interior designer to be.170cm.menulis sekadar sukasuka.hilangkan kebosanan yang melanda.we dont know how is our future but still, we can do the best for a better future right. dont you?

Saturday, February 15, 2014

netball.spm.people.stress.

assalamualaikum.

first sekali pasallll netball!
minggu lepas aku ade perlawanan netball asrama. aku group hijau. for the first time dapat hijau. okay then. nvm. aku terpilih jd GS untuk group. pergh kau perghh. mula2 ingat tak dapat shoot. pappap hari lawan tu banyak jugak aku shoot dooooo. bukan nak bangga la tapi saje nak share sebab for the first time in my life main netball then dapat shoot sebanyak tu. sape jaa tak terkojot oyyyy. ahha

spm.
aku takut gila cuak macam nak pengsan bangun pengsan bangun pengsan bnyk kali doyyy. aku nak aktif sukan sebab nak dapat mata koko bia jd tinggi and dapat sijil bebanyak. tahun lepas dapat sijil kurikulum je banyak so tahun ni fokus dekat sukan. konon nak menang merentas desa la masuk lumba lari la. tah tercapai ke tak tah. ahha. yg aku takut gila cuak macam nak pengsan bangun pengsan bangun pengsan bnyk kali tu sebab kalau aku aktif semua tu aku takut penat then tak dapat balance pelajaran. aku ni dah la susah nak stabilkan semua benda. otak asik serabut. pastu susah nak focus study sbb fikir bnyk benda ayyaaa. memang susah orang macam aku ni. serabut.

people.
okay yg ni susah sikit. aku sekarang ni tah taktau kenapa tibe2 jd orang yg suka pendam semua benda tak macam dulu asek potpetpotpet cerita masalah aku kat orang. lepas tu aku pon tak paham dgn orang sekeliling yg kejap okay kejap tak dengan aku. tah ape salah aku, taknak dibagitaunyaaa. dan aku penat. penatsangat. penat dgn orang. penat dgn diri sendiri jugak. tah laa. susah la. tah eyy susah nak explain benda macam ni. kenapa bnyk kepura puraan di mata sedangkan jelas sudah kebenaran. kenapa ek kenapa kenapa kenaaaaaapaaaaa. aku tanya kau ni keenaaapaaa. eyy annoyingnya

stress.
disebabkan bnyk perkara yg dipendam aku jd stress tidak terkata dan disebabkan mata pelajaran yg banyak topik dan subtopiknyaa aku jadi pening dan nak pengsan taknak bangunbangun dah. aku menangis je kejenyaaa. lepas tu! tambah lagi! aku tak reti nak luahkan dan cerita dekat orang masalah aku ha ha complicated en macam soalan addmath+kimia+physics. okay over. tp tu bagi aku la. korang tah. well semua ade pendapat masing2 dan kita ni... kita ni kena respect opinion orang lain right? ceh tetibe je.

anyone? advices? please..........

haihh kalau la kalau la ade sorang dalam seribu orang kat sekeliling aku ni paham dan tau dan rasa ape yg aku rase drpd tgk muka+gerak geri aku. heihh memang memang memang aku sayang ko gilagila dohhh. please muncul depan mata aku and tell me that you feel what i feellll okay? okay bai

assalamualaikum

Saturday, December 7, 2013

lawn bowl

bulan lepas ade pemilihan lawn bowl dekat sekolah. berlatih punya berlatih hari tu saje je tunjuk kat coach yg kita boleh haa macam tu baru la coach pandang, pilih kita dapat masuk ke tak. alhamdulillah, Allah bg lia terpilih. mase tu coach tu sebut nombor yg setiap orang pinkan dekat baju masingmasing. yang terpilih masa tu 8 orang lelaki 7 orang perempuan kot. tah lupa laa. 

lepas 2 minggu macam tu.

*tittot tittot* ade mesej masuk. aku pon bace la text tu. drpd cg mahfol. bg tau bila latihan lawn bowl dekat bukit kiara tu. lepas tu suruh confirmkan pegi ke tak. masa tu aku blur. nak balas ke tak.nak balas ke tak. lastlast lepas aku bace tu aku angguk pastu dah. masatu macam la cikgu boleh nampak yg aku angguk tanda aku nak pegi. esok nya cg mahfol bg mesej lagi bg tau ape yang kena bawak masa pegi bukit kiara tu. cikgu suruh confirmkan boleh pegi ke tak. aku tak reply pon. angguk je lagi. masa maghrib camtu aku bg mesej dekat kawan aku pasal text cg bg tu. kawan aku kata kena confirmkan. lepas maghrib tu aku bg tau la dekat cg yg aku pegi. okay takde respon pon. ceh. masa tu aku save la no cg mahfol tu sbb tu phone mak aku. kang mak aku salah paham kata tu boipreng aku kang haa tak ke nayeee.

tiba la hari nak pergi bukit kiara tu.malam tu aku dah pesan dekat mak aku kejutkan aku sampai bangun. jangan lupa.tuptup kau! haa

aku boleh pulak tak sedar! mak ayah kakak aku kejot aku tak sedar langsung. masa tu tido memang terlajak sampai pukul 9.30! aku dah cuak dah dohh. cepat2 aku bangun amek phone call rafisah kawan aku tu. trutt truuttt. ade orang angkat tah masa tu bunyi bising kemain. pastu mula la sesi soal menyoal.

"rafisah! kat mana ni?!"
"liaaaaaa. td rafisah pegi rumah lia takde orang pon.bnyk kali rafisah call lia tp tak angkat.phiqah pon ade call"
"alaaaaaaaaaaa. hmm macam mana ni alaaa lia nak pegi. lia tak sedar pon td hmm"
"tula liaaa. hmm rafisah pon taktau nak buat macam mana. sekarang ni kitorang dah naik van nak sampai dah kat bukit kiara"
blablablablablablabla.
*tuuuut*

air mata meleleh keluar. wakakakakaka boleh pulak aku nangis masa tu. haihh punya cuak nama aku terkeluar ke apa. last rafisah bg tau yg nama aku still ade lepas tu coach ade tanya pasal aku. aku pon perghh rilekss gilaaa. memang bersyukur la kan. 

next two weeks

dapat mesej drpd cg mahfol suruh dtg blablabla untuk berlatih pastu bincang kat sekolah. aku punya semangat bangun pagi tu wakakaka. datang sekolah tengok bincang ciputt je. -.- okayy balik la lepastu.esok ade latihan kat futsal seksyen 15 tu. masa tu cg nak pilih org balik sapa yg betul2 serious. aku dah cuak dah. dah la takda pengalaman main kat padang tu. pergh

esok nya datang sana berlatih. aku dengan rafisah naik kereta ayah aku la enn lek je. ceh sebenarnya sebab tak boleh pegi sekolah awal. van gerak pukul 8.30. ayah aku balik masa tu jugak. dahh sapa nak anta. haa tu yg lepas ayah aku sampai rumah terus gerak sana dgn fisah tu. sampai sana hekelehh van sekolah tak sampai lagi perghh.aku pon lepak la dengan rafisah kat tempat tersorok. mana taknyaa seram semacam je kat situ.

van dah datang semua kumpul start berlatih. masa tu ade la sorang dua kata 

"orang yg takdatang berlatih hari tu rasanya dah tak payah datang dah." perghh sentap gila aku masa tu.
"eee mana yg lg sorang perempuan aritu tu. yang putih2 lawa2 tu" pastu pandang aku macam tak puas hati.

tau la aku ni tetibe menyemak pastu perempuan putih2 lawa2 tu suruh aku ganti dia. haihh. tau la aku tak lawa tak setanding dia tapi tapi tak yah la buat macam tu eyyy. dah habis berlatih tu last2 cikgu kata 6 orang laki 6 orang perempuan yg datang aritu semua terpilih. alhamdulillah la. okay then balik naik van sesempit tu perghh tapi best la dapat gelak sesama kita ceh. tu je. lepas tu perlawanan sebenar 16-19 disember ni. doakan aku okay. muehehe. sesekali nak banggakan sekolah kejap sebelom habis belajar.

assalamualaikum. aku sentap lagi tau apa yang korang cakap tu eyy mulut.cili kang!

Friday, December 6, 2013

kesan


pada satu petang, aku duduk bersila dekat lokar,sikat rambut. masa tu rambut rasa gatal lain macam. nak kata tak basuh rambut eyy memang baru je basuh masa mandi petang tu. masa tu aku dah pikir bukanbukan dah. yela. nama pon duduk asrama. sorang ade kutu. memang duk berjangkit la kan. eishh aku dah cuak dah. takut jadi macam dulu. macammacam aku pikir masa tu. aku dok sikat makin lama makin kuat. eyy memang masa tu rasa macam nak cabut je rambut aku ni hah. aku alas dengan kain nak tgk ade tak mana tau jatuh sekor dua kutu. haha. tengok punya tengok takde pon.

aku pon bangun la pegi dekat kawan aku sorang ni yang satu dorm dengan aku.

aku/dia

"weh.kau ade sikat kutu tak?"
"takde! kenapa?!" masa tu dia pandang aku pelik. muka dia macam geli pastu gerak jauh dari aku.
"takde laa. rambut aku gatal dohh."
"eee kau ade kutu ekk?!"

mase tu aku diam. pastu dia terus bla. aku duk kat lokar aku balik. otak aku tah macam ape je masa tu.air mata pulak macam dah nak keluar. mata dah berkaca kaca dah. aduhh ni pahal lak nak nangis ni dohh. masa tu aku tengah pikir kalau la tibatiba je aku ade penyakit berjangkit. kotkot ade tak kawan aku yang boleh lah kata ramai ni datang dekat dengan aku. bg semangat ke apa. haishh. sentap gak masa tu. tahtah sorang pon takdakk.

pelik.

pasal masalah kutu pon aku dah pikir macammacam.

tapi bila pikir balik. ada betulnya jugak. kalau kita ada masalah, ada tak orang/kawan sekeliling kita yg nak tolong kita,bantu kita,ada dekat sisi kita bg nasihat. aku taktau. aku rasa aku akan dapat jawapan bila tibatiba kotkot aku accident. masuk icu ke. baru la dapat tau sapa yang betolbetol ikhlas kawan dengan aku. tu pon tah ade ke tak yang datang jenguk aku. untung sapa yang ada ramai datang jenguk. tapi kesian dekat sapa yang kawan yg dia ingat akan lawat dia lastlast tak jenguk langsung.

tapi tengok jugak. kadangkadang benda yang kita buat dulu/sekarang akan bagi kesan dekat kita masa akan datang. nak bagi contoh, memang banyak dah kot pasal orang yang baik/suka tolong orang/hormat orang. tuptup dia jatuh sakit la kan. kita tengok mesti ramai jenguk dia. bg semangat dekat dia. kalau orang yang kurang ajar/tak hormat orang/suka label orang itu ini. kita tengok, sape je lawat dia. family dia lepastu kawan pulak sapa yg betulbetul ikhlas je tu pon tah terpaksa ke tak.

aku ni kan haihh kisah memula pasal kutu je lepastu lelebih masuk bab accident,masuk icu,mati. haha aku memang cepat sentap pulak tu. suka pikir negatif. aku tau tak elok tapi ade la jugak try pikir positif tapi tah. dah terbiasa mungkin.

*aku dah check. takde kutu pon. korang lek je. wakakakaka

assalamualaikum.

Friday, November 15, 2013

happy birthday farah! :DD

assalamualaikum :D

happy birthday to farah shahera! one of my good friends. mwehehe okay aku doakan kau murah rezeki dgn bisness2 kau tu.goodluck dgn masa depan kau.jangan pernah putus asa. tabahkan diri kau tu. kalau stress nangis je biar kau tenang sikit okay. kalau ada papehal just call me babe. ilekk jangan malumalu kay. haha aaa wish you find the best ever friends in the world. yang sama perangai macam kau like a lil bit crazy and funny sometimes and and yang selalu ada dengan kau time susah senang okay! :* aku akan ingat semua yang kita dah lalui bersama sepanjang perkenalan kita ini hahahaha eyy ayat.okay bai. may Allah bless you always :)

takkan lupakan kau :) kekeke

Monday, November 11, 2013

aku penat.

kata kawan,
tapi kau tinggalkan aku sorang.
kata kawan,
tapi kau sakitkan hati aku.
kata kawan,
tapi kau selalu nak menang.
kata kawan,
tapi kau cakap belakang.
kata kawan,
tapi kau tak pernah pikir perasaan aku.
kata kawan,
tapi kau tak ikhlas.
kata kawan,
tapi kau tak pernah jujur.

aku cuba,
cuba ikut flow mood kau,
cuba berubah macam mana yg kau nak,
cuba sabar dengan perangai kau,
cuba rendahkan ego aku,
cuba buat tak kesah kalau kau sakitkan hati aku,
cuba nak serasi dengan kau,
cuba buat kita rapat macam awal kita kenal dulu.

tapi aku penat,
penat nak ikut mood kau.
penat nak tipu diri aku dengan ubah perangai aku,
tu bukan aku tapi asalkan kita still kawan aku sanggup.
penat sabar dgn perangai kau,
aku panas baran kau pon tau tp taknak kau sakit hati,
aku biarkan je kau buat apa.
penat rendahkan ego aku,
aku ego aku tau.
penat nak buat tak kesah dgn apa yang kau dah buat.
penat nak serasikan diri aku dgn kau.
penat nak rapatkan kita macam dulu.

aku tau aku selalu marah kau sebab perangai aku yang pentingkan diri.
aku tau aku selalu sakitkan hati kau.
aku tau kau cepat terasa.
aku tau tapi aku buat jugak.
kadangkadang ada yang aku tegur perangai kau tapi kau ingat aku marah kau sebab mungkin cara aku tak betul.
aku ingat lagi kau cakap kau nak berubah.
kalau kau salah tegur kau.
aku cuba tapi sebab aku tegur tu la kita dah tak rapat langsung.
bukan sikit tapi banyak.
mungkin sebab kau dah taktahan dengan perangai,ego aku

tapi pernah tak sekali pon kau pikir perasaan aku?
pernah tak kau pikir kenapa aku buat macam tu?
pernah tak kau menyesal dah sakitkan hati aku?
pernah tak kau pikir apa kesalahan kau?
pernah tak kau pikir yg kita gaduh tak bertegur semua sebab hal kecik?
pernah tak kau pikir perangai kau tu kadangkadang annoying?
pernah tak kau pikir yg sekarang ni kita tak bertegur sebab kau tak suka aku kawan dengan laki yg kau benci?

cuba kau pikir berapa kali kau mintak maaf dengan aku,aku maafkan kau
kau sendiri tau aku mudah,cepat maafkan orang.
tapi setiap kali lepas aku maafkan kau tu la kau buat balik perangai kau.
aku sabar, taknak kita gaduh macam budakbudak tak bertegur.
tapi bila aku tak tahan, aku luahkan kau marah.

aku tau semua, banyak yg aku salah.
aku mintak maaf,
mintak maaf sangatsangat sampai dapat tebus kesalahan yang aku dah buat.
aku tau sekarang kau dah tak perlukan aku dah.
terima kasih sebab dah buat aku happy sepanjang kita kawan.
maaf sebab tak paham kau.